tentang kami
cerita kami
2017 - 2020
permulaan
Perniagaan kami bermula antara dua sahabat Muhammad Zaid dan Wan Wafi semasa belajar di Uitm Shah Alam. Kami telah menjalankan perniagaan kerana minat dan salah satu pendapatan untuk tampung kos pembelajaran setiap sem dan kos hidup.
2021 - 2022
tercetusnya idea dan fasa RnD Pertama
Banyak Idea perniagaan telah terhasil dan dicuba pada tempoh ini. Pada akhirnya memilih perniagaan makanan yang boleh bertahan lama. Kami membuat pelbagai percubaan untuk memasak serunding menggunakan pelbagai resipi untuk mendapatkan rasa yang terbaik
2022 一
produk testing, Perjumpaan dengan Pihak Mardi
Setelah itu kami membuat perjumpaan secara temujanji dengan pegawai Mardi berkenaan produk untuk menguji Ketahanan produk , ujian rasa dan banyak lakgi.. Banyak info,bimbingan dan juga ilmu yang kami dapat.
2023 一
daftar ssm dan jualan pertama
Setelah menambah baik produk. Kami telah mendaftaran SSM ( ZAW BUSINESS) untuk perniagaan. Kami telah melilih nama brand kami sebagai Oppa Foodies. Juga berjaya membuat jualan pertama melalui offline sale.
2023 一
daftar online shop di tik tok dan shopee
Untuk memperluaskan lagi brand kami, kami telah mendaftarkan di plarform jualan online iaitu Tik Tok Shop dan Shopee Shop.
Shopee Link : https://shopee.com.my/oppa_foodies
Tik Tok Link :
https://www.tiktok.com/@oppa_foodies?lang=en